Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Dengan izin Allah, barang siapa membaca doa ini selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun:
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam
kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian.
Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan
Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun
baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau
pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam,
pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan
dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon
kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri
kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah
keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah
S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi
Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi
Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Nota: